macam mana nak buat pilihan.. antara kehendak.. dan keperluan ??
haaa... itu lah yang aku rasakan kini..
penantian yang sekian lama membelit diri..
kini bakal menemui garisan penamat..
namun..seakan hangat..dan sering bertamu di kalbu..
perit..sedih..membebankan..
tak siapa yang tahu..
hanya melihat indah di zahir..
tapi seakan berdarah..bernanah di batin..
semua umat Nya dilahirkan untuk merasai bahagia..
Allah swt berfirman: "tidak aku jadikan manusia dengan sia-sia"..
kata-kata itu seakan-akan menghembus di telinga ini tatkala diri ini ingin rebah menyembah bumi..
tidak aku sengaja untuk berputus asa..
tetapi hati ini seakan merajuk dengan keadaan..
merajuk dengan 'hujan dan ribut yang tidak henti melanda di kala mata ini ingin benar melihat pelangi'..
jika mampu waktu ini aku hentikan...
jika takdir ini mampu aku lakarkan sendiri..
tapi semua itu mustahil..
yang berlalu..biarkan berlalu....
kehendak aku tidak mampu untuk melawan takdir Pemilik Nyawaku itu..
bertarung aku dengan perasaan ini untuk menghadapi takdir Nya...
sungguh aku tak mampu untuk melangkah lagi sekiranya buat kesekian kali ini aku jatuh lagi..
luka semalam masih meninggalkan parut yang aku sembunyi kan dengan senyuman dan langkah seharian ku yang seakan kuat dalam keterpaksaan..
mungkin nampak indah..
tetapi tidak pada rohani nya..
kisah aku yang semakin menghampiri kemuncak nya..
akan aku lakarkan seindah mungkin..
mata yang memandang..
semakin berat dan penuh dengan tanda tanya,,
tidak aku sembunyi apa-apa..
yang aku cuba sembunyi kan adalah parut luka dan dosa semalam,,
kamu..kamu...kamu...
hanya memandang luaran yang nampak sempurna dan bahagia..
cepat sahaja melemparkan fitnah dan api...
tidak kamu cuba untuk mendalami isi hati dan kisah sebenar..
kamu meninggalkan dalam aku memerlukan tangan untuk mengusap tangis..
tapi masih aku kuat dan berdaya untuk mengusap nya sendiri..
kerana Penciptaku menganugerahkan sepasang tangan yang cukup sempurna untuk mengusap tangis sendiri dan senyumku yang cukup manis untuk menutup parut semalam..
terima kasih Pemilik Nyawaku kerana Kau tidak pernah jemu dalam memandu hatiku untuk membuat pilihan antara kehendak ku dan keperluan ku..
semoga aku tidak jatuh lagi dalam meneruskan perjalanan ini..
No comments:
Post a Comment