wElc0me

Wednesday 26 September 2012

tak mungkin kembali

tak kenal...maka tak cinta..
ya.. kata-kata yang tepat untuk dibisikkan di telinga ku kini..
susah kan nak cari sahabat yang boleh berada dengan kita
dikala susah mahupun senang..

sukar untuk diulaskan jika berbangkit mengenai sahabar..
mereka juga seorang hamba Allah swt yang serba kekurangan..
tiada yang sempurna di dunia ini melainkan kejadian Allah...

fikirkan kembali..
hargai lah selagi mereka ada di sisi..
kenangkan lah segala pengorbanan mereka..
tiada yang terindah selain ada mereka yang menyambut mesra segala pengorbanan yang dihulurkan tanpa meminta dibalas..

memanglah sukar untuk mencari seseorang yang sanggup
meminjamkan bahu untuk bersandar di saat airmata membasahi pipi..

belajarlah untuk menghargai..
kerana..
langkahnya ke depan.. tak mungkin lagi untuk menoleh ke belakang..
kerana..
perginya tak mungkin akan kembali lagi...


Monday 24 September 2012

ofis baru kuu!

hai... hujan yang sangat lebat....
best nyaaa kalau dapat tidur..
tapi sayang nyaa.. masih kat ofiss..

heee... ari ni kan... 
penat betul mata nih memandang suasana pejabat ku yang macam kapal titanic karam! 
oh my !! bersepah gilerr..

yela kan.. tengah duk renovate..
nanti kan,, makin luas la ruang pejabat ni...
tambah lot baru beb! 
cun derrr.. kau ada ?? haha..

tapi...tapi... berhabuk gilerr la kan...
tak pe.. janji pejabat ni makin cantekk nanti.. 
tak sabar kot...

takpee.. nanti upload gambar suasana baru ofis ni nanti.. 
hehehe... 

tapi kan.. sedikit info untuk dikongsi atau d luah kan..
geram sngat2 kat sorang hamba Allah ni...
begitu biadap dia hari ni.. spoil mood orang je kan...
entah! malas nak ulas panjang2... next time lah.. hahaha.. 

okess... ready2 nak balek.. babai..
assalamualaikum...

Thursday 20 September 2012

perjalanan yang jauh

macam mana nak buat pilihan.. antara kehendak.. dan keperluan ??
haaa... itu lah yang aku rasakan kini.. 

penantian yang sekian lama membelit diri.. 
kini bakal menemui garisan penamat..
namun..seakan hangat..dan sering bertamu di kalbu..

perit..sedih..membebankan..
tak siapa yang tahu.. 
hanya melihat indah di zahir..
tapi seakan berdarah..bernanah di batin.. 

semua umat Nya dilahirkan untuk merasai bahagia..
Allah swt berfirman: "tidak aku jadikan manusia dengan sia-sia".. 

kata-kata itu seakan-akan menghembus di telinga ini tatkala diri ini ingin rebah menyembah bumi..
tidak aku sengaja untuk berputus asa..

tetapi hati ini seakan merajuk dengan keadaan..
merajuk dengan 'hujan dan ribut yang tidak henti melanda di kala mata ini ingin benar melihat pelangi'.. 

jika mampu waktu ini aku hentikan...
jika takdir ini mampu aku lakarkan sendiri..

tapi semua itu mustahil..
yang berlalu..biarkan berlalu....
kehendak aku tidak mampu untuk melawan takdir Pemilik Nyawaku itu..

bertarung aku dengan perasaan ini untuk menghadapi takdir Nya...
sungguh aku tak mampu untuk melangkah lagi sekiranya buat kesekian kali ini aku jatuh lagi..
luka semalam masih meninggalkan parut yang aku sembunyi kan dengan senyuman dan langkah seharian ku yang seakan kuat dalam keterpaksaan..

mungkin nampak indah.. 
tetapi tidak pada rohani nya.. 
kisah aku yang semakin menghampiri kemuncak nya..
akan aku lakarkan seindah mungkin..

mata yang memandang..
semakin berat dan penuh dengan tanda tanya,,
tidak aku sembunyi apa-apa..

yang aku cuba sembunyi kan adalah parut luka dan dosa semalam,,
kamu..kamu...kamu...
hanya memandang luaran yang nampak sempurna dan bahagia..
cepat sahaja melemparkan fitnah dan api... 

tidak kamu cuba untuk mendalami isi hati dan kisah sebenar..
kamu meninggalkan dalam aku memerlukan tangan untuk mengusap tangis..
tapi masih aku kuat dan berdaya untuk mengusap nya sendiri..

kerana Penciptaku menganugerahkan sepasang tangan yang cukup sempurna untuk mengusap tangis sendiri dan senyumku yang cukup manis untuk menutup parut semalam..

terima kasih Pemilik Nyawaku kerana Kau tidak pernah jemu dalam memandu hatiku untuk membuat pilihan antara kehendak ku dan keperluan ku.. 

semoga aku tidak jatuh lagi dalam meneruskan perjalanan ini.. 

9 ORANG ‘SITI’ YANG PATUT DIJADIKAN CONTOH


1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.
2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.
4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).
5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.




7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8 ) Siti Muti’ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.
9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
Semoga kita mencontohi peribadi mereka dan mengambil pengajaran untuk mendidik isteri dan anak-anak perempuan kita. Jangan hanya nampak ‘Siti Nurhaliza’ sahaja sebagai ‘role model’ untuk anak-anak kita.

Sumber: http://www.hafizamri.com/

"Cahaya Kesenanganku"

pelangi nan indah

kesabaran itu amat sukar... semua orang mampu buat.. tapi tak semua orang mampu mempertahankan nya hingga ke penghujung...
 sebagai manusia biasa..
kita sentiasa leka dan lupa akan ganjaran rezeki di akhir kesabaran itu..

Allah swt menjanjikan ganjaran di setiap kesabaran kita..
dan..
alhamdulillah.... ternyata.. Pemilik Nyawaku itu begitu menepati janji..
dihadiah kan sebuah kejayaan di atas berkat kesabarab ku selama ini.. 

begitu aku bersyukur di atas hikmah ini..
di akhir garisan kisah itu ternyata memberi sinar pelangi yang akan sentiasa melukis kan kebahagian hingga ke penghujung ceritaku..

kisah sebuah kasih sayang yang dikembalikan semula kepada pemilik asalnya..
kisah sebuah syurga cinta yang kini kembali menempatkan semula pemilik asalnya...
subhanaAllah..
indah sungguh pelangi Mu ini Ya Allah..

Cahaya Kesenanganku

Monday 17 September 2012

Ya Allah


Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku